MPHS sita lombong Bitcoin tanpa kebenaran, TNB potong bekalan

LocalTechnology
24 Sep 2026 • 4:17 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

MPHS sita lombong Bitcoin tanpa kebenaran, TNB potong bekalan

SHAH ALAM, 24 SEPT: Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) menyita peralatan perlombongan Bitcoin selepas sebuah premis di Jalan Jejarum 1B, Bukit Beruntung didapati menjalankan aktiviti berkenaan tanpa kebenaran.

Pihak berkuasa tempatan itu memaklumkan tindakan dilaksanakan Jabatan Penguatkuasaan MPHS menerusi operasi bersepadu bersama pasukan Special Engagement Against Losses (SEAL), Tenaga Nasional Berhad (TNB) semalam.

“Hasil pemeriksaan mendapati satu premis menjalankan aktiviti perlombongan Bitcoin tanpa kebenaran.

“Susulan itu, MPHS telah melaksanakan tindakan sitaan peralatan perlombongan,” katanya menerusi kenyataan di Facebook.

Menurut MPHS, TNB turut mengambil tindakan terhadap premis terbabit susulan pemeriksaan dalam operasi berkenaan.

“Manakala Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah membuat pemotongan bekalan elektrik di premis berkenaan,” katanya.

MPHS memaklumkan penggunaan elektrik secara tidak terkawal bagi aktiviti perlombongan seperti itu boleh menjejaskan keselamatan dan bekalan elektrik di kawasan sekitar.

Justeru, orang awam yang mempunyai maklumat atau mengesyaki terdapat aktiviti perlombongan Bitcoin tanpa kebenaran diminta tampil menyalurkan aduan.

Aduan boleh disampaikan kepada MPHS atau pejabat TNB yang berdekatan bagi membantu tindakan pemantauan dan penguatkuasaan.

“Kerjasama masyarakat amat penting bagi membantu pemantauan dan tindakan penguatkuasaan demi keselamatan komuniti setempat,” tegasnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved