MPK anjur jualan lelong 755 barangan sitaan kepada orang awam esok

21 Jun 2023 • 4:58 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

Oleh AMILRUL FAZLI

SHAH ALAM, 21 JUN: Sebanyak 755 barangan sitaan Majlis Perbandaran Klang (MPK) akan dilelong kepada orang awam di pekarangan pejabat penguat kuasa MPK esok.

Pihak berkuasa tempatan (PBT) itu memaklumkan jualan lelongan itu bermula jam 10 pagi dan pengunjung dibenarkan membeli sebanyak yang mereka mahu.

“Di bawah Seksyen 116 Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 benda yang dinyatakan dibawah boleh dilucutkan melalui satu lelongan awam kerana kita tidak menerima sebarang notis bertulis dari pemunya untuk menuntut barang yang disita.

“Terdapat barangan seperti tong gas, kipas angin, aksesori telefon dan banyak lagi yang boleh orang awam dapatkan pada hari jualan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved