MPK anjur pertandingan pustaka mini buku kitar semula, tawar hadiah wang tunai

17 May 2023 • 4:48 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

Oleh Mohamad Fitri Hazim Hazam

SHAH ALAM, 17 MEI: Majlis Perbandaran Klang (MPK) menganjurkan pertandingan sudut atau ruang perpustakaan mini dengan tema ‘Kitar Semula Buku-Buku Terpakai’ di bangunan strata di bawah pentadbirannya.

Pihak berkuasa tempatan (PBT) itu berkata penyertaan dibuka mulai 15 Mei manakala tarikh penjurian bermula pada September hingga November depan.

“Antara syarat pertandingan adalah sudut atau ruangan bacaan tersebut hendaklah menepati tema kitar semula serta buku-buku terpakai yang disumbangkan perlu berada dalam keadaan baik untuk digunakan semula.

“Buku bacaan juga mestilah sesuai dengan semua peringkat umur. Pertanyaan lanjut boleh menghubungi Jabatan Perancang Bandar dan Desa MPK,” katanya di Facebook.

MPK memaklumkan johan pertandingan bakal menerima hadiah wang tunai RM3,000, naib johan (RM1,500), tempat ketiga (RM750) serta tujuh hadiah sagu hati (RM200).

“Objektif pertandingan itu untuk menyokong agenda pembangunan lestari dengan membudayakan amalan kitar semula serta mengurangkan penggunaan kertas bagi tujuan pencetakan buku,” katanya.

image is not available

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved