MPK keluarkan 18 kompaun terhadap lima premis perniagaan, penjaja

23 Jan 2023 • 10:18 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

OLEH AZIAN AZIAN

SHAH ALAM, 23 JAN: Majlis Perbandaran Klang (MPK) mengeluarkan 18 kompaun terhadap lima premis perniagaan dan penjaja dalam operasi khas di Lintang Dato’ Yusof Shabudin 1, Taman Sentosa, Klang pada 20 Januari lalu.

Pengarah komunikasi korporatnya berkata kesalahan yang dikenal pasti ialah membuang sisa makanan dan minyak ke dalam longkang, gagal menyediakan tong sampah bertutup dan serta membuang sampah perniagaan di tempat awam.

“Enam kompaun dikeluarkan oleh Unit Operasi Jabatan Penguat Kuasa (JPK) dan 12 lagi oleh Jabatan Perkhidmatan Persekitaran (JPP) MPK.

“Kesalahan-kesalahan tersebut dikompaun di bawah Seksyen 47 (1) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974, Undang-Undang Kecil 6 dan Undang-Undang Kecil 4 Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sampah Sarap (PPPS) 200,” kata Norfiza Mahfiz.

Tambahnya, seramai 15 anggota termasuk dua pemandu daripada Unit Operasi JPK dan JPP terlibat dalam operasi tersebut.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved