MPKj giat usaha tingkat kesedaran penjaja, pengusaha restoran pakai pelitup muka

4 Jan 2023 • 12:53 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

OLEH SUHAILA SHAHRUL ANNUAR

KAJANG, 4 JAN: Usaha meningkatkan kesedaran pemakaian pelitup muka dalam kalangan penjaja dan pengusaha restoran terus dipergiat Majlis Perbandaran Kajang (MPKj).

Yang Dipertuanya berkata notis pelaksanaan pemakaian pelitup muka sudah dikeluarkan sejak November tahun lalu.

“Cuma daripada sudut penguatkuasaan kita belum kenakan kompaun lagi. Kita masih memberi peringatan supaya peniaga dan pengusaha makanan patuh dengan arahan itu,” kata Najmuddin Jemain.

Beliau ditemui selepas majlis angkat sumpah ahli majlis MPKj penggal 2023 semalam yang menyaksikan seramai 24 ahli majlis mengangkat sumpah jawatan.

Pada 29 Disember tahun lalu, Dato’ Menteri Besar berkata penggunaan pelitup muka yang diwajibkan kepada penjaja dan pengusaha restoran negeri ini mulai 1 Januari bagi meningkatkan tahap kebersihan dalam pengendalian makanan.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata pendekatan itu juga dapat menambah keyakinan pelanggan selain mengelakkan penularan Covid-19 dan isu keracunan makanan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved