MPKj terima 60 unit Rumah Selangorku sebagai kuarters

20 May 2023 • 10:00 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

HULU LANGAT, 20 MEI: Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) menerima 60 unit Rumah Selangorku di Pangsapuri Idaman Abadi di Kajang 2 di sini yang akan dijadikan sebagai kuarters.

Menurut MPKj, pemberian kediaman tersebut susulan kelulusan Kerajaan Negeri Selangor untuk menukar Kuarters Majlis Jaya, Sungai Chua kepada unit rumah mampu milik berkenaan.

“Melalui kelulusan itu, MPKj menerima 60 unit Rumah Selangorku (Jenis D) dengan keluasan 1,022 kaki persegi dengan anggaran RM200,000 seunit,” katanya menerusi kenyataan.

image is not available
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) Najmudin Jemain (dua, kanan) bersama Pengarah Urusan Trans Loyal Development Sdn Bhd Chia Yan Song (dua, kiri) pada majlis simbolik penyerahan kunci kuarters MPKj, 60 unit Rumah Selangorku @ Pangsapuri Idaman Abadi sempena Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri MPKj 2023 di pekarangan Menara MPKj, Kajang pada 29 Mei 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Simbolik gimik penyerahan kunci kediaman kepada Yang Dipertuanya Najmuddin Jemain disempurnakan pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri MPKj 2023 di Menara MPKj di sini semalam.

Pembangunan Rumah Selangorku@Pangsapuri Idaman Abadi melibatkan 352 unit blok 30 tingkat termasuk lapan tingkat tempat letak kereta, dua unit kebuk sampah dan satu unit pondok pengawal.