MPKL keluar 10 notis kepada pemilik rumah bina struktur tambahan haram

13 Aug 2022 • 9:37 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 13 OGOS: Majlis Perbadanan Kuala Langat (MPKL) mengeluarkan 10 notis terhadap pemilik kediaman sekitar Taman Langat Utama, Kuala Langat atas kesalahan mendirikan struktur tambahan secara haram.

Yang Dipertuanya Dato’ Amirul Azizul Abd Rahim berkata serahan notis dibuat ketika operasi bersepadu dijalankan pegawai Jabatan Kawalan Bangunan dan Penguatkuasa, Khamis lalu.

“Kesemua pemilik rumah terbabit diberi tempoh selama dua minggu untuk merobohkan struktur berkenaan,” katanya kepada Selangorkini.

Kesalahan dibuat mengikut Seksyen 46(1)(a), Akta 133, Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.

Dalam pada itu, Amirul Azizul menegaskan pemilik yang enggan berbuat demikian sepanjang tempoh diberikan bakal dikenakan kompaun.

“Tindakan perobohan juga akan dibuat dalam operasi khas jika pemilik tidak membayar kompaun berkenaan,” katanya.

Orang ramai boleh menghubungi Jabatan Kawalan Bangunan di talian 03-31872732 atau 03-31872825 untuk pertanyaan lanjut.