MPKL perketat pemantauan kawasan sampah haram di Kuala Langat

LocalEnvironment
15 May 2026 • 8:00 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

MPKL perketat pemantauan kawasan sampah haram di Kuala Langat

SHAH ALAM, 15 MEI: Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) memperketat pemantauan di Lorong Ehsan, Kampung Jaya Sepakat susulan aduan berkaitan pembuangan sampah haram dan kebakaran di kawasan itu.

Pihak berkuasa tempatan (PBT) itu memaklumkan tindakan segera telah dilaksanakan pasukan penguat kuasa Cawangan Bandar Saujana Putra (BSP) termasuk memasang pita garisan kuning bagi tujuan kawalan dan pemantauan.

Menurutnya, wakil pemilik tanah turut diarahkan menyediakan halangan di laluan masuk ke kawasan terbabit bagi mengelakkan kegiatan sama berulang oleh pihak tidak bertanggungjawab termasuk pemilik lori sampah haram.

Image from: MPKL perketat pemantauan kawasan sampah haram di Kuala Langat
Anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) melakukan pemantauan di lokasi susulan aduan orang ramai. Foto Facebook MPKL

“Hasil pemantauan yang dijalankan hari ini mendapati tiada sebarang aktiviti kebakaran berlaku di lokasi berkenaan setakat ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, MPKL memaklumkan pemantauan berkala akan diteruskan di kawasan berisiko bagi membendung kegiatan berkenaan.

Menurutnya, tindakan tegas juga akan diambil terhadap mana-mana pihak terlibat kerana perbuatan itu boleh menjejaskan kebersihan serta keselamatan awam.

View Original Article