MPKL tawaran diskaun kompaun parkir RM15 mulai Januari

28 Dec 2024 • 1:30 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 28 DIS: Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) menawarkan pengurangan kompaun tempat letak kereta serendah RM15 mulai 1 Januari hingga 30 Mac tahun depan.

Menurut MPKL, tawaran itu diberi kepada semua jenis kesalahan bagi tahun 2024 dan sebelumnya bagi mengelak tindakan mahkamah diambil.

“Semakan dan bayaran boleh dibuat melalui aplikasi Smart Selangor Parking atau di kaunter bayaran MPKL.

“Boleh muat turun aplikasi Smart Selangor Parking di Google Play atau Apple App Store,” maklumnya di Facebook.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi Unit Warden Lalulintas, Jabatan Penguatkuasaan MPKL di talian 03-31811809 atau 012-300 4897 (WhatsApp).

image is not available