MPKS pelawa orang ramai sertai program tanam lebih 25,000 pokok siantan

10 Feb 2023 • 9:06 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 10 FEB : Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) mempelawa orang ramai menyertai Kayuhan Santai @ Hijau Lestari 2023 pada 25 Februari ini.

Pihak berkuasa tempatan (PBT) itu menerusi Facebook memaklumkan program bermula jam 7.30 pagi di Forest Park, Bandar Hillpark, Puncak Alam di sini.

“Kayuhan santai ini juga bakal disenaraikan dalam Malaysia Book of Record kerana sambil berkayuh akan adanya aktiviti penanaman 25,223 pokok siantan.

“Penyertaan adalah percuma dan peserta bakal menerima medal dan sijil serta berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah,” maklum MPKS.

Penyertaan adalah terbuka dan individu yang berminat boleh daftar menerusi pautan shorturl.at/hlBU9 atau hubungi Azzrul di talian 019-613 8164 untuk pertanyaan lanjut.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved