MPKS rampas mesin bitcoin, sita empat premis sekitar Puncak Alam

16 May 2025 • 10:40 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 16 MEI: Sebanyak 62 mesin bitcoin dan 18 kipas mesin bitcoin dianggar bernilai RM300,000 disita dalam operasi bersepadu di empat premis sekitar bandar Puncak Alam, semalam.

Menurut Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS), operasi bersama Tenaga Nasional Berhad (TNB) Selangor itu, bagi membanteras aktiviti perniagaan tanpa lesen serta penyalahgunaan tenaga elektrik.

Menerusi serbuan itu, Jabatan Penguatkuasa MPKS, turut mengeluarkan empat notis penutupan premis di bawah UUK PTPP (MDKS) 2007 dan TNB membetulkan pemasangan meter selepas mengesan unsur pengusikan.

“Empat premis berkenaan yang terletak sekitar Taman Industri Alam Jaya dan Pusat Perdagangan Alam Jaya , dikesan menjalankan perniagaan tanpa lesen dan menggunakan elektrik secara haram.

“Sebanyak 62 unit mesin bitcoin dan 18 unit kipas mesin bitcoin telah disita daripada keempat-empat premis dan nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM300,000.

“Semua sitaan ini, didaftarkan menerusi inventori rasmi MPKS dan tindakan susulan akan diambil mengikut peruntukan undang-undang yang berkuatkuasa,” katanya di Facebook.

MPKS turut menegaskan komitmennya dalam memastikan pematuhan undang-undang di seluruh kawasan pentadbiran, terutama berkaitan perniagaan tidak berlesen dan penggunaan tenaga secara tidak sah.

“Operasi seperti ini akan diteruskan secara berkala melalui kerjasama bersepadu antara agensi penguatkuasa bagi mengekang aktiviti haram secara lebih berkesan,” katanya.

image is not available
Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) menyita premis Bitcoin dalam operasi bersepadu sekitar bandar Puncak Alam pada 15 Mei 2025. Foto MPKS

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved