Jurulatih Monster Vicious, Nur Hanis Adlan atau lebih dikenali sebagai Haru meletakkan harapan agar dapat meraih satu mata berdepan juara bertahan Selangor Red Giants (SRG) serta tiga mata berdepan JP Niners dalam saingan minggu keenam Liga Profesional Mobile Legends Bang Bang (MPL) Malaysia musim ke-14, Jumaat ini.

