MPOB salur RM3.9 juta bina 14 projek Jalan Ladang Pekebun Kecil di Tenom, Kemabong dan Keningau - Noraini

LocalBusiness & Finance
25 Sep 2026 • 12:30 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

MPOB salur RM3.9 juta bina 14 projek Jalan Ladang Pekebun Kecil di Tenom, Kemabong dan Keningau - Noraini Image from: MPOB salur RM3.9 juta bina 14 projek Jalan Ladang Pekebun Kecil di Tenom, Kemabong dan Keningau - Noraini amree25/09/2026 - 12:30 NORAINI Ahmad ketika berucap pada Program Pemimpin Bersama Warga Kampung Kemabong Lama, di Tenom, Sabah.pada Program Pemimpin Bersama Warga Kampung Kemabong Lama, di Tenom, Sabah. Oleh AMREE AHMAD amree@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 25 Sept — Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) melalui Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) meluluskan 14 projek Jalan Ladang Pekebun Kecil di Tenom, Kemabong dan Keningau dengan peruntukan tambahan RM3.9 juta, bagi memudahkan akses serta pengangkutan hasil sawit.

 

Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata, kerajaan turut meluluskan sebanyak RM300,000 untuk kerja-kerja melebarkan jalan konkrit di Sabah yang menghubungkan Kampung Kemabong Lama dengan Kampung Kemabong Baru.

 

Menurut beliau, kemudahan jalan yang lebih baik bukan sahaja memudahkan pergerakan penduduk, malah membantu pekebun kecil membawa keluar hasil kebun dengan lebih cepat, sekali gus berpotensi meningkatkan pendapatan mereka sendiri.

 

“Apabila urusan ke kebun menjadi lebih mudah, hasil dapat dibawa keluar dengan lebih cepat dan pendapatan pekebun juga boleh bertambah,” katanya ketika berucap pada Program Pemimpin Bersama Warga Kampung Kemabong Lama, di Tenom, Sabah.pada Program Pemimpin Bersama Warga Kampung Kemabong Lama, di Tenom, Sabah.

 

Dalam pada itu, Noraini berkata pembangunan pekebun kecil turut diperkasa MPOB menerusi agenda PALMS 2030, yang memberi tumpuan kepada lima teras iaitu produktiviti, automasi, rendah karbon, kebolehpasaran dan kemampanan menjelang 2030.

 

Katanya, pendekatan itu bertujuan membantu pekebun kecil dapat meningkatkan pengeluaran buah sawit, menggunakan teknologi yang memudahkan kerja, mengurangkan kos pengurusan kebun serta memastikan hasil sawit terus mempunyai pasaran.

 

Norain Ahmad_DagangNews2026
NORAINI Ahmad (lima dari kiri) bergambar dengan penerima sumbangan pada Program Pemimpin Bersama Warga Kampung Kemabong Lama, di Tenom, Sabah pada 25 September 2026.

 

Bagi memastikan usaha itu sampai ke peringkat kebun, beliau berkata pegawai Tunjuk Ajar dan Nasihat Sawit (TUNAS) MPOB akan terus memberikan bimbingan berkaitan penjagaan kebun, peningkatan hasil, penggunaan teknologi serta bantuan boleh dipohon.

 

"Saya turut menggalakkan pekebun kecil agar mengemas kini maklumat dengan MPOB, mendapatkan lesen kebun kecil dan segera menyertai Kelompok Minyak Sawit Mampan (SPOC) bagi mendapatkan pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO)," jelas Noraini.

 

Ujar beliau, bagi pekebun kecil yang layak, khidmat nasihat, lesen kebun kecil dan bantuan pensijilan MSPO disediakan tanpa sebarang bayaran, dan menyeru mereka memanfaatkan peluang itu untuk meningkatkan hasil dan pendapatan keluarga.

 

Sementara itu, beliau berkata sebanyak 29 Koperasi Penanam Sawit Mampan (KPSM) sudah ditubuhkan di Sabah dengan penglibatan 2,943 peserta, manakala KPSM Kemabong Tenom Berhad mempunyai 111 ahli dan menjadi KPSM pertama berjaya membuka stesen minyak sendiri.

 

Dalam majlis sama, kementerian bersama MPOB turut menyumbang RM7,300 kepada Sekolah Kebangsaan Kemabong bagi pembangunan Kelas Interaksi Digital Sekolah (KIDS), selain sumbangan pakaian sekolah kepada 50 murid yang memerlukan.

 

Di samping itu, Surau Al-Barakah MPOB di Kampung Kemabong Lama dibangunkan dengan kos RM145,000 hasil sumbangan peribadi dan derma warga kerja MPOB dari seluruh Malaysia. - DagangNews.com

Terkini standard
View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved