MPS anjur Karnival Ekstrem Gua Damai pada 16, 17 September

5 Sep 2023 • 4:41 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

Oleh JULIANA JOHAR

SHAH ALAM, 5 SEPT: Majlis Perbandaran Selayang (MPS) menjemput orang ramai memeriahkan Karnival Ekstrem Gua Damai pada 16 dan 17 September ini.

Pihak berkuasa tempatan itu memaklumkan terdapat sembilan aktiviti menarik pada program yang diadakan di Taman Ekstrem Gua Damai di Kampung Wira Damai, Batu Caves.

“Jom luangkan hujung minggu anda bersama kami di Karnival Ekstrem Gua Damai 2023. Karnival ini akan menampilkan acara sukan ekstrem termasuk acara untuk kanak-kanak.

“Antara aktiviti menarik lain yang turut diadakan ialah futsal, memanah dan senamrobik. Hadiah cabutan bertuah turut menanti orang ramai pada karnival dua hari berkenaan,” katanya di Facebook.

Sebarang maklumat lanjut, anda boleh hubungi Jabatan Landskap MPS di talian 03-61266016.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved