MPS galak papan tanda bercahaya ceriakan Sandakan

LocalBusiness & Finance
18 Aug 2026 • 12:18 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

MPS galak papan tanda bercahaya ceriakan Sandakan

SANDAKAN: Premis perniagaan di daerah ini digalakkan untuk menukar papan tanda konvensional kepada papan tanda LED, lightbox, neon atau 3D Billboard di bawah dasar baharu yang diperkenalkan oeh Majlis Perbandaran Sandakan (MPS).

Presiden MPS Datuk Walter Kenson berkata dasar itu juga bertujuan menceriakan lagi suasana malam di pusat bandar Sandakan, sekali gus merancakkan aktiviti ekonomi dan membantu peniaga mempromosikan perniagaan masing-masing.

Beliau berkata, MPS turut mengecualikan bayaran yang sebelum ini dikenakan bagi pemasangan atau penukaran kepada papan tanda berlampu.

“Dasar baharu ini berkuat kuasa serta-merta dan tidak mempunyai tempoh tamat, atau sehingga MPS memutuskan sebaliknya,” jelasnya.

Walter berkata demikian pada sidang media sejurus mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pelesenan di Dewan Persidangan MPS, di sini, pada Isnin.

Hadir sama, Timbalannya, Irman Tajuddin Edy.

Walter berkata, inisiatif itu ialah usaha bersama dengan komuniti perniagaan untuk menghidupkan semula suasana malam Sandakan, selain mengembalikan imej bandar yang pernah dikenali sebagai “Little Hong Kong” pada suatu ketika dahulu.

Peniaga atau pemilik premis hanya perlu mengemukakan lukisan kejuruteraan kepada MPS untuk memastikan aspek kesesuaian serta keselamatan struktur dipatuhi.

MPS juga tidak lagi menetapkan had saiz papan tanda berkenaan, termasuk membenarkan keseluruhan dinding bangunan digunakan untuk paparan LED, tertakluk kepada kelulusan aspek teknikal selain keselamatan.

Walter berkata hotel boleh memaparkan gambar bilik, video serta promosi perkhidmatan, manakala restoran pula boleh memaparkan menu bagi menarik pelanggan dari jarak jauh.

Beliau berkata MPS menyasarkan sekurang-kurangnya dua premis dalam setiap blok bangunan memasang papan tanda berlampu berkenaan bagi memberi impak positif terhadap pencahayaan, keceriaan dan penampilan bandar Sandakan.

Inisiatif berkenaan bukan hanya melibatkan premis perniagaan, tetapi turut dibuka kepada pejabat swasta, agensi kerajaan, hotel, sektor industri dan pelancongan di seluruh Sandakan, termasuk Sepilok.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved