MPSepang keluar 13 notis kesalahan dalam operasi pemeriksaan perniagaan di Dengkil

22 Jan 2026 • 1:43 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 22 JAN: Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) mengeluarkan 13 notis kesalahan dalam operasi pemeriksaan tred perniagaan dan halangan awam di sekitar Cybervalley dan Cybersouth, Dengkil, 19 Januari lalu.

MPSepang memaklumkan operasi itu melibatkan pemeriksaan lesen premis perniagaan, halangan di kaki lima dan lorong belakang serta pemantauan papan iklan bagi memastikan pematuhan terhadap undang-undang kecil (UUK) dan peraturan ditetapkan.

Menurutnya, notis kesalahan dikeluarkan antaranya mengikut Peruntukan 7, Undang-Undang Kecil Iklan (MPSepang) 2007 kerana mempamerkan iklan tanpa lesen serta Seksyen 46(1)(d) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 kerana meletakkan barangan perniagaan di tempat awam.

Selain itu, kesalahan turut melibatkan Peruntukan 6, Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (MPSepang) 2007 bagi lesen tamat tempoh serta Peruntukan 3 undang-undang kecil sama kerana menjalankan aktiviti perniagaan tanpa lesen sah daripada pihak majlis.

“MPSepang akan terus melaksanakan tindakan penguatkuasaan secara berterusan bagi memastikan pematuhan undang-undang serta mewujudkan persekitaran perniagaan yang teratur, selamat dan selesa untuk orang awam,” menurut kenyataan itu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved