MPSepang sita, kompaun lori dalam operasi kawalan sampah haram

LocalEnvironment
1 Oct 2025 • 4:19 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 1 OKT: Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) menyita lima lori dan mengeluarkan dua kompaun dalam operasi kawalan sampah haram sekitar daerah itu, pada 29 September lalu.

Menurut pihak berkuasa tempatan itu, operasi dilaksana Unit Kawalan Sampah, Jabatan Penguatkuasaan MPSepang, di beberapa lokasi sekitar Taman Ixora, Kampung Salak Tinggi dan Pulau Meranti, susulan rondaan serta aduan awam berkaitan aktiviti pembuangan sampah haram.

MPSepang memaklumkan tindakan penguatkuasaan dijalankan mengikut Peruntukan 4, Undang-Undang Kecil Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sampah Sarap (MPSepang) 2007.

“Selain itu, Peruntukan 13(1), Undang-Undang Kecil Pemungutan dan Pelupusan Sampah Sarap (MPSepang) 2007 kerana memasuki tempat pembuangan sampah tanpa kebenaran majlis.

“MPSepang menegaskan, tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang menjalankan aktiviti pelupusan sampah secara haram,” katanya di Facebook.

Agensi itu turut menyeru orang awam untuk melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan bagimemastikan kebersihan, keselamatan dan kesejahteraan komuniti setempat terpelihara.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved