
Kota Kinabalu: Majlis Penasihat Wanita Sabah (MPWS), badan pemikir mengenai hal ehwal wanita untuk Kerajaan Negeri, berharap dapat meneruskan program Akademi Kepimpinan Wanita (Akwan) dan Creating Millionaire Among Young Women ([email protected]) anjurannya, tahun depan.
Pengerusi MPWS, Datuk Dr Tarsiah TZ Taman (gambar) berkata modul pertama khas di bawah Akwan untuk program akar umbi selesai dilaksanakan pada September dan modul kedua dijadualkan pada Disember ini.
Tambahnya, mereka merancang untuk meneruskan program Akwan sehingga 2024.
