MR D.I.Y. bantu keluarga bersiap sedia untuk ‘Kembali ke Sekolah’

21 Feb 2024 • 10:40 AM MYT
Newswav PR
Newswav PR

Sponsored content from various brands & advertisers

Image from: MR D.I.Y. bantu keluarga bersiap sedia untuk ‘Kembali ke Sekolah’
MR D.I.Y. memastikan keperluan 'Kembali ke sekolah' mampu milik buat para pelanggannya di seluruh negara

Dengan permulaan penggal persekolahan 2024/2025 semakin hampir pada 15 Mac, keluarga-keluarga di Malaysia sedang sibuk bersiap sedia untuk musim ‘Kembali ke Sekolah’ ini.

Dengan peningkatan kos sara hidup dan keperluan lain, ibu bapa akan menjadi lebih sukar untuk menyediakan keperluan persekolahan yang diperlukan, terutamanya ibu bapa yang kali pertama menghantar anak ke sekolah. Sehubungan itu, peruncit tempatan, Kumpulan MR D.I.Y. [M] Berhad [MR D.I.Y.], hadir untuk membantu dengan menawarkan pelbagai pilihan barangan keperluan ‘Kembali ke Sekolah’ yang berpatutan pada "Always Low Prices".

Dari 15 Februari hingga 15 Mac 2024, inisiatif 'Kembali ke Sekolah' menampilkan pelbagai keperluan sekolah pada harga diskaun sehingga 30 peratus. Barangan yang diberi potongan harga termasuk pelbagai jenis beg seperti beg bahu, beg tote, dan beg galas, serta alat-alat tulis termasuk pensel warna, set pensel, pen gel, pen penyerlah, pita pembetulan, bekas pensel, gam, buku nota, fail, dan kalkulator saintifik.

Mengulas mengenai inisiatif tersebut, Ketua Pemasaran Kumpulan MR D.I.Y., Alex Goh berkata, “Sebagai seorang bapa, saya faham bahawa setiap ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka termasuk memastikan tiada tekanan dalam membuat persediaan apabila penggal baharu persekolahan semakin hampir. Inisiatif 'Kembali ke Sekolah' MR D.I.Y. bertujuan untuk menawarkan keperluan sekolah yang berkualiti dan mudah didapati untuk meringankan beban ibu bapa. Kami berusaha untuk memberikan lebih daripada sekadar nilai; kerana pada akhirnya kami mahu ibu bapa yakin untuk menghantar anak mereka ke hari pertama mereka di sekolah, apabila mengetahui bahawa kami telah membantu melengkapkan anak-anak mereka dengan semua yang mereka perlukan. Itulah pengalaman yang ingin kami sampaikan..”

Barangan sekolah lain yang ditawarkan termasuk kasut sekolah hitam pada harga RM10.90 sepasang (Harga asal: RM15.90), stokin hitam antara RM1.90 hingga RM2.50 sepasang (Harga asal: RM2.10 - RM3.30), dan botol air pada harga RM9.90 setiap satu (Harga asal: RM12.70 - RM14.50). Selain barang-barang ini, MR. DOLLAR juga menawarkan pilihan makanan ringan yang lazat pada harga yang berpatutan, sesuai untuk dinikmati di sekolah.

Rakyat Malaysia boleh membeli pelbagai jenis produk ‘Kembali ke Sekolah’ di cawangan MR. D.I.Y. di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut tentang MR D.I.Y., layari mrdiy.com, platform e-dagang, mrdiy.com.my, Facebook, dan Instagram.