
Peruncit perkakas rumah kegemaran rakyat Malaysia, Kumpulan MR D.I.Y. [M] Berhad [MR D.I.Y.], menjadikan sambutan Hari Raya tahun ini lebih istimewa dengan inisiatif perayaannya, ‘Raya Penuh Makna’. Direka untuk membantu rakyat Malaysia menikmati Raya yang lebih bermakna, kempen ini menekankan nilai kebersamaan, kesyukuran, dan mencipta kenangan yang berkekalan.
Mengulas mengenai inisiatif ini, Naib Presiden Pemasaran Kumpulan MR D.I.Y., Alex Goh berkata, “Hari Raya adalah masa untuk bermaafan, berkumpul, dan menghargai saat-saat berharga bersama insan tersayang. Kami ingin menggalakkan rakyat Malaysia untuk mengenepikan perbezaan dan menghayati makna sebenar perayaan ini – mengeratkan hubungan, berkongsi kegembiraan, dan mencipta kenangan bermakna. Barulah Raya Penuh Makna.
Beliau menambah, “Matlamat kami mudah saja - membantu orang ramai menikmati sambutan Hari Raya Puasa yang bermakna. Sama ada dengan pelbagai keperluan perayaan yang ‘Always Low Prices’, promosi menarik, filem web eksklusif, atau kandungan yang menghiburkan, kami ingin menawarkan nilai hebat dan menjadikan setiap sambutan lebih istimewa. Lagipun, pengalaman terbaik dalam hidup tidak ternilai harganya,” tambah Goh.
Untuk menambah keterujaan, MR D.I.Y. bekerjasama dengan pelakon popular, Syafiq Kyle, yang membuat penampilan khas dalam filem web peruncit ini sebagai penjual pisang goreng, kek, dan minuman susu kocak. Filem web berdurasi lima minit itu membawa kisah yang menyentuh hati namun diselit humor mengenai erti sebenar sambutan Hari Raya Aidilfitri.


Filem tersebut mengisahkan Diyanna, yang berazam untuk mengenakan baju Raya kegemarannya dengan menahan godaan makanan. Namun, apabila neneknya mengingatkan bahawa Hari Raya adalah tentang kesyukuran, kebersamaan, dan mencipta kenangan—bukan sekadar penampilan, adakah Diyanna akan menerima kegembiraan sebenar perayaan itu? Saksikan filem web yang menyentuh hati dan lucu ini di:
Para peminat MR D.I.Y. dan Syafiq Kyle berpeluang menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya MR D.I.Y. pada April 2025 bersama Syafiq Kyle! Untuk menyertainya:
- ‘Stitch’ atau muat turun templat video Syafiq Kyle di mrdiy.co/RayaPenuhDrama.
- Sambung video dengan jalan cerita paling kreatif anda.
- Muat naik video menggunakan tanda pagar #RayaPenuhDrama dan tag MR D.I.Y..
- Hantar penyertaan anda melalui Google Form di mrdiy.co/RayaPenuhDrama.
Peraduan ini berlangsung dari 10 Mac hingga 13 April 2025.
Sambutan diteruskan dengan tawaran menarik di MR D.I.Y.! Lebih 80 keperluan perayaan boleh didapati di cawangan-cawangan terpilih di seluruh negara, termasuk pelita raya, hiasan gantung, lampu LED, alas meja, langsir, kusyen, pinggan mangkuk, beg beli-belah, sampul duit raya, malah aksesori fesyen juga. Selain itu, pelanggan boleh menikmati diskaun sehingga 30% untuk barangan keperluan seperti produk pembersihan, pelbagai snek, dan minuman.
Bagi memeriahkan lagi sambutannya, para pelanggan akan menerima satu set empat keping sampul Duit Raya eksklusif secara percuma dengan setiap pembelian di MR D.I.Y. di seluruh negara, selagi stok masih ada.
Kempen ‘Raya Penuh Makna’ kini berlangsung di cawangan MR D.I.Y. terpilih di seluruh negara. Untuk senarai penuh promosi Hari Raya Aidilfitri, layari https://www.mrdiy.com/mrdiy-raya-penuh-makna-2025. Untuk maklumat lanjut mengenai MR D.I.Y., layari mrdiy.com, platform e-dagang, mrdiy.com.my, Facebook, Instagram, dan TikTok.




