MR D.I.Y. menjemput rakyat Malaysia meraikan Merdeka di “Bersama Satu Bazaar”

25 Aug 2025 • 10:48 AM MYT
Newswav PR
Newswav PR

Sponsored content from various brands & advertisers

Image from: MR D.I.Y. menjemput rakyat Malaysia meraikan Merdeka di “Bersama Satu Bazaar”
Rakyat Malaysia dijemput mengunjungi Bazaar Merdeka pertama anjuran MR D.I.Y., ‘Bersama Satu Bazaar’, dari 29 Ogos hingga 1 September 2025, bertempat di Tapak Parkir Terbuka Sunway Pyramid.

Berita baik untuk warga Lembah Klang! Peruncit perkakas rumah kegemaran Malaysia, Kumpulan MR D.I.Y. [M] Berhad [MR D.I.Y.], kembali dengan bazaar Merdeka yang dinanti-nantikan buat kali kedua, kali ini dengan tema “Bersama Satu Bazaar”.

Diadakan sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-68, “Bersama Satu Bazaar” merupakan sebuah perayaan meriah yang mengetengahkan semangat perpaduan, kebanggaan dan keseronokan. Tahun ini, bazaar tersebut akan berlangsung di Tapak Parkir Terbuka Sunway Pyramid, memberi peluang kepada lebih ramai rakyat Malaysia untuk mengunjungi bazaar yang akan diadakan dari 29 Ogos hingga 1 September 2025 itu.

Acara selama empat hari tersebut akan menampilkan lebih 100 gerai dari para vendor makanan dan produk paling tular di Malaysia, serta penyertaan jenama-jenama di bawah kumpulan MR D.I.Y. sendiri – MR. D.I.Y., MR. TOY, dan MR. DOLLAR. Para pengunjung boleh menikmati pelbagai hidangan tempatan kegemaran seperti roti canai, nasi lemak, laksa, kuey teow, burger, mi, pencuci mulut, serta pelbagai jenis minuman. Terdapat juga aksesori buatan tangan, kraftangan, alat tulis, kosmetik, pakaian, bunga dan banyak lagi.

Selain membeli-belah dan makanan, “Bersama Satu Bazaar” turut menjanjikan pengalaman yang menyeronokkan dengan pelbagai permainan interaktif, bengkel kreatif dan persembahan kebudayaan serta kontemporari. Keluarga dengan anak kecil juga boleh menikmati taman permainan inflatable dan petting zoo, menjanjikan keseronokan untuk pengunjung dari semua peringkat umur.

Naib Presiden Pemasaran Kumpulan MR D.I.Y., Alex Goh, turut berkongsi keterujaannya mengenai acara yang bakal berlangsung ini. “‘Bersama Satu Bazaar’ yang pertama sebelum ini telah menerima sambutan yang sangat menggalakkan dari rakyat Malaysia. Jadi amat sesuailah untuk kami menganjurkannya sekali lagi, kali ini di lokasi baharu untuk menyambut lebih ramai pengunjung. Acara selama empat hari ini bertujuan untuk menyatukan rakyat Malaysia sambil meraikan Hari Kebangsaan bersama-sama.”

Beliau menambah, “Acara ini juga bertujuan menyokong perniagaan tempatan, usahawan dan para penggiat seni dengan menyediakan platform yang selamat dan inklusif. Sebagai jenama tempatan, MR D.I.Y. bukan sahaja komited dalam menawarkan produk-produk berkualiti yang ‘Always Low Prices’, tetapi juga ingin membina ikatan dan mencipta pengalaman yang memberikan impak positif. Kami menjemput seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama menyambut Merdeka dengan kami!”

Sebagai tanda penghargaan, MR D.I.Y. akan memberikan beg tote percuma setiap hari kepada pengunjung yang melengkapkan Cabaran Pasport Bazaar, satu aktiviti interaktif dan menyeronokkan untuk menikmati keseluruhan pengalaman bazaar. Pengunjung juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah bernilai sehingga RM8,000.

Selain itu, MR D.I.Y. turut menawarkan promosi istimewa untuk 98 produk di semua cawangannya di seluruh negara, sejajar dengan komitmen untuk menyediakan nilai hebat melalui janji ‘Always Low Prices’.

Untuk maklumat lanjut mengenai Bersama Satu Bazaar, layari:

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai MR D.I.Y, layari mrdiy.com, mrdiy.com.my dan ikuti jenama tersebut di Facebook, Instagram, dan TikTok.