MR D.I.Y. meraikan kejayaan 1,200 cawangan dengan promosi yang menarik

9 Jul 2024 • 4:18 PM MYT
Newswav PR
Newswav PR

Sponsored content from various brands & advertisers

Image from: MR D.I.Y. meraikan kejayaan 1,200 cawangan dengan promosi yang menarik
Lawati MR D.I.Y. untuk meraikan kejayaan 1,200 cawangan peruncit dan nikmati diskaun 30% untuk tawaran luar biasa

Peruncit perkakas rumah terkemuka Malaysia, Kumpulan MR D.I.Y. [M] Berhad [MR D.I.Y.], teruja untuk meraikan 1,200 cawangan MR D.I.Y. di seluruh negara. Sempena peristiwa penting ini, MR D.I.Y. sedang mengadakan promosi tawaran hebat dan diskaun kepada rakyat Malaysia untuk pelbagai produk sepanjang bulan Julai.

Bermula 1 hingga 31 Julai 2024, rakyat Malaysia dari pelbagai lapisan masyarakat boleh menikmati diskaun sehingga 30 peratus untuk pelbagai barangan, termasuk barangan isi rumah, perkakasan, elektronik, alat tulis, makanan dan minuman. Produk yang ditampilkan termasuk penyegar udara, tuala, pelembut fabrik, bateri, fon telinga, tisu dan banyak lagi.

Mengulas mengenai pencapaian itu, Ketua Pemasaran Kumpulan, MR D.I.Y. Alex Goh, berkata, “Perjalanan kami dari sebuah kedai perkakasan pada 2005 kepada 1,200 cawangan di seluruh negara, serta pencapaian kami hari ini adalah bukti kepercayaan dan kesetiaan dari para pelanggan. Ia menunjukkan komitmen kami yang tidak berbelah bahagi untuk menyediakan produk berkualiti baik yang 'Always Low Prices.' Promosi yang kami adakan adalah sebagai tanda terima kasih kami kepada para pelanggan. Dan kami menjemput orang ramai untuk melawat cawangan kami di seluruh negara, jom raikan kejayaan ini, dan rebut peluang untuk menikmati tawaran yang hebat.”

Image from: MR D.I.Y. meraikan kejayaan 1,200 cawangan dengan promosi yang menarik
Lawati MR D.I.Y. untuk meraikan kejayaan 1,200 cawangan peruncit dan nikmati diskaun 30% untuk tawaran luar biasa

Sempena sambutan ini, MR D.I.Y. sedang menawarkan harga istimewa untuk beberapa barangan, seperti stokin lelaki MR D.I.Y. (3's) pada harga RM4.30 setiap satu [Harga Biasa: RM6.30], pistol pelekat panas 7W pada RM11.90 setiap satu [Harga Biasa: RM16.90], PREMIER tisu dapur [2’s x120 helai] pada RM6.50 setiap satu [Harga Biasa: RM7.90], dan gel pewangi GLADE pelbagai pada RM14.90 setiap satu [Harga Biasa: RM18.30].

Promosi 'Sambutan 1,200 cawangan' MR D.I.Y. boleh didapati di semua cawangannya di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut tentang MR D.I.Y., lawati laman web, mrdiy.com, dan halaman media sosial, Facebook, Instagram, dan TikTok.