
KUALA LUMPUR, 28 JULAI 2023 - Peruncit perkakas rumah kegemaran rakyat Malaysia, Kumpulan MR D.I.Y. [M] Berhad [MR D.I.Y.], meraikan 'Hari Alam Sekitar Sedunia' dengan penuh mengujakan. Peruncit menggerakkan para sukarelawan MR D.I.Y. Cares-nya dan menganjurkan dua inisiatif alam sekitar - penanaman anak -anak pokok bakau dan program pemuliharaan Tapir sempena acara tersebut.
Menyedari kepentingan hutan bakau sebagai pelindung ekosistem pantai, seramai 31 orang sukarelawan MR D.I.Y. Cares yang berdedikasi bergabung tenaga dengan komuniti Changkat Keruing dan sukarelawan Persatuan Aktivis Sahabat Alam (KUASA) dalam misi memulihkan alam semula jadi di sepanjang Taman Tebingan Sungai Bakau di Changkat Keruing, Perak. Bersama-sama, kedua-dua organisasi telah menanam 1,000 anak pokok bakau, bagi memelihara kawasan hutan tersebut.
Dalam program berasingan, inisiatif ‘Hari Alam Sekitar Sedunia’ diteruskan di Kuala Kubu Bharu, Selangor, dengan seramai 15 sukarelawan MR D.IY. Cares melawat Pusat Pemuliharaan Hidupan Liar Sungai Dusun untuk usaha pemuliharaan Tapir. Para sukarelawan memberi transformasi kepada pusat itu dengan melukis mural Tapir dan landskap yang memukau untuk dinikmati para pengunjung. Selain itu, para sukarelawan turut menanam beberapa pokok bunga dan menyumbang keperluan bagi membantu pusat terbabit.
Jurucakap MR D.I.Y. berkata, “Aktiviti-aktiviti seperti ini adalah usaha berterusan MR D.I.Y. ke arah memelihara tempat-tempat tarikan pengunjung di Malaysia dan memastikan kelestarian alam semula jadi kita. Kami amat percaya bahawa syarikat atau organisasi tempatan harus memainkan peranan aktif dalam mendidik rakyat Malaysia tentang kepentingan amalan mampan supaya kita dapat bersama-sama menyampaikan nilai dan memberi kesan positif kepada rakyat dan negara dengan cara yang bermakna. Pada masa yang sama, mengalakkan orang ramai untuk turut serta.”
Selain itu, peruncit itu turut mengadakan bengkel 'Walk with Style' di MR D.I.Y. PLUS sempena 'Hari Alam Sekitar Sedunia.' Program ini menawarkan kanak-kanak serta orang dewasa peluang untuk menjadi kreatif dengan mengitar semula dan menaik taraf kasut sekolah bewarna putih. beg tote kanvas, dan cermin. Peruncit juga bersama Soroptimist International Damansara (SID), turut menjemput 15 orang kanak-kanak dari Rumah Aman Children's Home untuk menyertai aktiviti yang menyeronokkan ini.
MR D.I.Y. mempunyai rekod prestasi yang berterusan dalam menyokong dan mempromosikan inisiatif alam sekitar. Sebelum ini, pada 2021, peruncit telah menaik taraf kawasan rekreasi Sg Kedondong dan membersihkan kawasan tepi sungai Melaka bersama Perbadanan Pembangunan Sungai & Pantai Melaka pada 2022. Pada tahun yang sama, ia turut menyertai Yayasan Telekom Malaysia dan Yayasan Sukarelawan Siswa di Program Penanaman Pokok Gutta Percha terbanyak di Malaysia. Projek penanaman pokok, menyaksikan lebih 1,000 pokok tersebut ditanam di Taman Botani Putrajaya dalam masa 24 jam.
Pada tahun 2021, MR D.I.Y. telah diterima masuk ke Indeks FTSE4Good Index 2021 yang terkenal di seluruh dunia, mencerminkan usaha peruncit perkakas rumah itu untuk terus memberi impak positif kepada komuniti di mana ia beroperasi, dan telah dianugerahkan anugerah ESG oleh media The Edge hasil daripada usaha kemampanan peruncit itu.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang program tanggungjawab sosial korporat dan kemampanan MR D.I.Y., layari www.mrdiy.com MR D.I.Y., dan saluran media sosialnya, Facebook, Instagram, dan TikTok.






