“MR H” Tidak Hadir Beri Keterangan Kerana Tidak Sihat – KPN

23 Nov 2023 • 12:37 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

“MR H” Tidak Hadir Beri Keterangan Kerana Tidak Sihat – KPN

KUALA LUMPUR, 22 Nov (Bernama) — Proses mengambil keterangan “Mr H” berkaitan penularan rakaman video perbualan lucah antara seorang lelaki dengan seseorang yang mirip bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff hari ini, ditangguh susulan individu itu tidak sihat.

Proses merekod keterangan itu sepatutnya dilakukan di Balai Polis Presint 11, Putrajaya pada petang tadi dan perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.

“Beliau tak hadir sebab kurang sihat. Tarikh baharu (rekod keterangan) akan dimaklum kemudian,” katanya ringkas kepada Bernama malam ini.

Hari ini, Razarudin dilapor berkata tiga individu telah diambil keterangan bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Terdahulu, tular menerusi media sosial video berdurasi tiga minit memaparkan perbualan secara dalam talian antara lelaki didakwa mirip Mohammad Agus dengan seorang individu lain.

Mohammad Agus pada sidang medianya Jumaat lepas di sebuah hotel di Bangi dekat sini, mendakwa video itu disunting dan beliau telah membuat laporan polis berhubung perkara berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata polis masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti individu bergelar ‘Mr H’ yang dikaitkan dengan kes berkenaan.

“Siasatan kes ini masih dijalankan bagi mengenal pasti individu berkenaan seperti yang turut dikaitkan dalam kes itu,” katanya.

Sumber: BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved