
Kota Kinabalu: Mr Kaamatan (MrK) Negeri atau Buvazoi Tavantang tahun ini akan menandakan satu peristiwa penting dalam sejarah 16 tahun acara itu.
Pengerusi penganjur Casey Jovial berkata, buat julung kalinya ia akan diadakan di dewan Hongkod Koisaan KDCA, di Penampang, hujung bulan ini.
“Saya teruja, tetapi pada masa sama, saya cukup sedar cabaran yang kami bakal hadapi,” katanya selepas majlis pendaftaran MrK Sabah di Balai Seni Lukis Sabah (SAG), di sini, Sabtu lalu.
“Sebelum ini, kami menganjurkan MrK di luar bulan Mei…dan tahun ini, kami perlu merancang dengan baik untuk mendapat slot latihan di dewan kerana ia padat dengan aktiviti.
SPONSORED CONTENT Firefly’s inaugural flight to Sandakan SANDAKAN: Firefly, the low-cost carrier subsidiary of Malaysia Airlines; made its inaugural flight from Kota Kinabalu to Sandakan on Tuesday. Read more “Satu perkara yang baik apabila MrK diadakan pada bulan Mei adalah kita boleh menjadi sebahagian daripada keramaian bulan ini.”
Dia juga berkata akan ada pertunjukan bakat khusus bagi finalis tahun ini.
“Kami mempunyai acara sampingan yang sama sebelum ini, tetapi kami melakukannya pada skala lebih besar tahun ini.
“Kami ingin menonjolkan bakat mereka kerana beberapa agensi atau pihak telah menghubungi kami sebelum ini untuk membantu menyediakan bakat bagi aktiviti mereka seperti lakonan, pembacaan berita dan sebagainya.
“Oleh itu, semasa showcase yang akan diadakan pada 20 Mei, kami akan menjemput beberapa agensi untuk memudahkan mereka mencari bakat yang sesuai dengan keperluan mereka,” katanya.
Pada 21 Mei, terdapat juga satu lagi acara sampingan, Malam Fesyen Kebudayaan, apabila peserta akan memperagakan pakaian kontemporari ciptaan pereka tempatan.
Edisi tahun ini akan menampilkan 46 pemuda Kadazan Dusun Murut (KDM) dari seluruh Sabah dan cawangan KDCA yang bersaing untuk merebut gelaran yang diidamkan itu.
Pemenang akan membawa pulang hadiah bernilai RM40,000, termasuk wang tunai RM5,000, manakala pemenang tempat kedua dan ketiga masing-masing menerima RM4,000 dan RM2,000.
Pengurus Besar Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah (LKNS) Mackey Apison menyempurnakan majlis pendaftaran dan penyerahan selempang. Turut hadir, pemenang MrK 2021 Royvernand Jaydarren.
Pertandingan itu pertama kali diadakan pada 2008 secara kecil-kecilan, dan pada 2018, Mr Kaamatan telah didaftarkan sebagai jenama dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).
Pada 2017, konsep dan pelaksanaan pertandingan itu telah ditambah baik dengan pembentukan ahli jawatankuasa baharu, pemilihan venue baharu dan acara sampingan, serta sistem pengadilan baharu.
Pada 2021, MrK telah diiktiraf sebagai salah satu acara rasmi bagi Pesta Kaamatan Negeri, dan LKNS bertindak sebagai penyelaras pelaksanaan acara tersebut.
Peringkat akhir MrK dijadualkan diadakan di dewan Hongkod Koisaan KDCA, mulai 10 pagi, pada 29 Mei. Finalis tahun ini ialah Brandon Junny untuk Banggi, Bilvin Berni (Beaufort), Izwan Jesson (Beluran), Fernandez Parancis (DBKK) , Anjalo Johnny Kinsung (Inanam), Daniel Luke (Johor), Gleen Ryan Lee (Kalabakan), Jirimmie Philbah (Kapayan), Maxwell Nouva Roger (Karambunai), Benny Jhonvy (Kemabong), Ralph Maxily Petrus (Keningau), Ealbie Breandent Abinus (Kinabatangan), Alven Cheldando Solidius (Kiulu), Lexterinus Harris (Lembah Klang), Eric Junior George (Kota Belud), Muhammad Shahril Bahlie (Kuala Penyu), Adner Fabrizzio Jamain (Kudat), Felix Liuhan (Kunak), Alvin Lim Key Leng (Labuan), Reeyon Bryan Petrus (Lahad Datu), Alden Noel Boning (Likas), Darren Charles Jokumin (Matunggong), Albes Awang (Melaka), Rayner Jaulis (Membakut), Jaili Ayub (Menumbok), Janius Joseph (Nabawan), Azlee Jems (Pagalungan), Devean Aloysius (Paitan), Constantine Jude Leo (Papar), Duncan Christen Dannis (Penampang), Ranwan Malinkun (Pitas), Deaigo Emanuell Wayring (Pulau Pinang), Jordan Ordnell Joseph (Putatan), Tommy Gedeus (Putrajaya), Villy Glenn Gurok @ Joseph (Sandakan), Ritchel Eachley Junior (Semporna), Javan Yafet (Sipitang), Eyron Krispin (Sook), Joenier Fraider Johny (Tambunan), Charlie Chellness Joannes (Tamparuli), Sherman Timothy Junil (Tawau), Eddy Gerald Untam (Telupid), Nico Wenceslaus (Tenom), Thien Kah Seng (Tongod), Aaron Marc (Tuaran), dan Joelorence Birig (Tungku).
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
