MrBeast merupakan pencipta kandungan di YouTube dengan angka langganan paling tinggi di dunia. Terbaru, menyentuh mengenai perkembangan kecerdasan buatan, MrBeast menyatakan kebimbangan, dimana AI mungkin mengancam kehidupan dan pendapatan para pencipta kandungan sedia ada. Komen berkenaan dikongsikan selari dengan pengenalan Sora oleh OpenAI yang membolehkan sesiapa menjana kandungan video dan menerbitkannya.
OpenAI sendiri telah memperkenalkan Sora sebagai sebuah aplikasi sosial, membolehkan sesiapa menjana video diri mereka, dan turut menghasilkan pelbagai video menggunakan watak diri mereka. Selain OpenAI, Meta turut hadir dengan penawaran penjanaan video lebih kurang melalui Meta AI, tetapi terhad di beberapa buah negara.
Sebelum ini, MrBeast sendiri pernah menawarkan kemudahan penjanaan gambar untuk video YouTube yang dikuasakan kecerdasan buatan. Namun, perkara berkenaan dikritik dan membuatkan MrBeast membatalkan penawarannya.
Dengan MrBeast menyatakan kebimbangan secara terbuka ini, tidak mustahil para pencipta kandungan lebih kecil turut bimbang berkenaan masa depan dan impak yang akan hadir terhadap mereka hasil lambakkan kandungan janaan AI yang kian hari memenuhi arena internet.
When AI videos are just as good as normal videos, I wonder what that will do to YouTube and how it will impact the millions of creators currently making content for a living.. scary times.



