Forbes kini telah mengeluarkan senarai Forbes 2023 Top Creator, sekaligus menyenaraikan pelbagai pempengaruh dan penerbit kandungan di internet mengikut tangga pendapatan yang diramal pada tahun 2023 ini.

Menerajui senarai tersebut di kedudukan paling tinggi adalah MrBeast (atau nama sebenarnya Jimmy Donaldson). Ia diramal MrBeast akan menjana $82 juta (~RM386 juta) pada 2023 ini. MrBeast mempunyai sekitar 312 juta pengikut di pelbagai platform media sosial, dan menjadikan beliau antara nama besar di YouTube dan media sosial lain.
Antara nama lain yang turut tersenarai dalam 10 penerbit kandungan dengan janaan pendapatan tertinggi di dunia adalah termasuk Rhett & Link ($35 juta / ~RM164 juta), PrestonPlayz ($35 juta / ~RM164 juta), Ryan’s World ($35 juta / RM164 juta), Jake Paul ($34 juta / ~RM160 juta), dan sejumlah nama popular yang lain.
Khaby Lame yang turut popular di TikTok dilihat menjana sekitar $16.5 juta (~RM77 juta) pada 2023 ini, sementara Zach King yang terkenal dengan video berbentuk “magis” pula diramal menjana sekitar $13 juta (RM61 juta).
Bagi anda yang berminat, boleh menyemak senarai penuh 50 orang pencipta kandungan teratas di laman Forbes hari ini. Ia dianggarkan keseluruhan 50 pencipta kandungan ini menjana $700 juta dalam pendapatan untuk tahin 2023 ini.




