MrBeast kini mungkin telah menjadi salah satu nama yang tidak asing lagi bagi mereka yang meluangkan masa lama di YouTube. Terbaru, MrBeast telah mencatatkan lebih 300 juta pelanggan di saluran YouTube, sekaligus menjadikan ia sebagai saluran pertama yang melangkaui angka berkenaan setakat hari ini.
Selari dengan pencapaian angka ini, MrBesat telah pun menerbitkan video khusus yang menghimpunkan 50 orang penerbit kandungan di YouTube yang bersaing untuk memenangi hadiah berjumlah $1 juta.
Sedikit dibelakang MrBeast adalah T-Series dengan lebih 269 juta pelanggan pada saluran berkenaan. PewDiePie yang memegang takhta raja YouTube untuk beberapa tahun pada awalnya, kini mempunyai sekitar 111 juta pelanggan.
I remember freaking out when I hit 300 subscribers 11 years ago.. lol pic.twitter.com/YJadTd0pZq



