Mrs Malaysia World 2023 bakal peraga kostum wau terbesar di Las Vegas

31 Dec 2023 • 8:18 AM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KLANG - Mrs Malaysia World 2023 P. Vanishaantini bakal memperagakan kostum wau terbesar bagi merebut gelaran Best National Costume pada pertandingan Mrs World 2023 di Las Vegas, Amerika Syarikat pada Januari ini.

Direka oleh Saran Anak Lagong, kostum bersaiz 3.8 meter tinggi dan 4.8 meter lebar itu juga berjaya mendapat pengiktirafan The Malaysia Book of Records sebagai "Kostum Wau Terbesar" dalam satu majlis yang diadakan di sebuah hotel, di sini semalam.

Vanishaantini, 27, berkata penyertaan beliau ke pertandingan itu diharap dapat membawa nama Malaysia dengan memaparkan keunikan kehalusan seni kraf tempatan.

"Saya berbangga kerana dapat mewakili Malaysia di peringkat antarabangsa dengan membawa kostum ini kerana saya mahu membawa sesuatu yang unik dan tidak pernah dilakukan oleh sesiapa sebelum ini," katanya ketika ditemui pemberita.

Beliau berkata dirinya mengambil cabaran untuk memperagakan kostum seberat kira-kira 10 kilogram itu dengan membuat persediaan dari segi mental serta fizikal. 

"Sejak Mac lagi, saya secara berterusan berlatih catwalk, menjaga kesihatan dan pada masa sama mengendalikan perniagaan selain terlibat dengan kerja-kerja sosial. Saya berharap dapat membuat yang terbaik pada pertandingan itu nanti," katanya. - 31 Disember, 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved