MRSM Kepala Batas dinamakan MRSM Tun Abdullah Badawi -Asyraf Wajdi

LocalPolitics
16 Apr 2025 • 4:48 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kepala Batas bakal menerima nama baharu sebagai penghormatan kepada bekas Perdana Menteri kelima, Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi.

MRSM Kepala Batas akan diberi nama baharu

Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menerusi satu hantaran di Facebook.

image is not available

MRSM Kepala Batas bakal ditukar nama untuk kenang Pak Lah

Ujarnya, perkara tersebut bertujuan untuk mengenang jasa allahyarham Pak Lah dan Asyraf Wajdi akan segera mendapatkan persetujuan dengan menteri bagi menamakan MRSM tersebut dengan nama negarawan berkenaan.

“Sebagai mengenang jasa Almarhum Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi), saya akan mendapatkan persetujuan Menteri (Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) untuk menamakan MRSM Kepala Batas kepada MRSM Tun Abdullah Badawi,” katanya.

image is not available

MRSM Kepala Batas akan diubah ke MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi

Jelas Asyraf lagi, tindakan tersebut bukan hanya untuk mengenang jasa Allahyarham Tun Abdullah sebagai bekas perdana menteri, tetapi juga sebagai individu bertanggungjawab membangunkan modal insan yang seimbang dan holistik dalam ilmu sains terknologi serta al-Quran di bawah Islam Hadari.

image is not available

Cadangan tersebut menerima reaksi positif daripada pengguna media sosial yang rata-ratanya menyokong langkah itu dan mengakui jasa besar Allahyarham terhadap pembangunan kawasan Kepala Batas, yang pernah diwakilinya sebagai Ahli Parlimen dari tahun 1978 hingga 2008.