MRT Laluan Putrajaya terganggu akibat masalah sistem komunikasi

31 May 2024 • 9:43 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR - Perkhidmatan MRT Laluan Putrajaya sedang mengalami gangguan akibat masalah sistem komunikasi.

Menurut Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail), juruteranya kini sedang giat mengenal pasti punca yang menyebabkan gangguan ini dan sudah mengaktifkan perkhidmatan tren dan bas perantara bagi laluan tren perantara bagi Stesen Kwasa Damansara - Stesen Chan Sow Lin serta bus perantara bagi Stesen Chan Sow Lin - Stesen Putrajaya Sentral.

Rapid Rail turut memohon maaf di atas kesulitan yang dihadapi oleh penumpang.

“Pengguna yang ingin membatalkan perjalanan boleh mendapatkan kupon perjalanan sehala di kaunter khidmat pelanggan dan perlu digunakan dalam masa lima hari bermula hari ini,’’ katanya.

Dalam pada itu, rata-rata pengguna mengeluh kerana berdepan dengan kelewatan pada waktu puncak, iaitu ketika ramai yang mahu pulang ke rumah.

Gangguan berkenaan juga, kata mereka mengakibatkan tren yang mereka naiki berhenti lebih lama di platform.

https://twitter.com/Aqeemmmmm/status/1796525481522770018

Dalam pada itu, ada pengguna perkhidmatan itu yang memaklumkan mereka sudah berada hampir sejam di dalam tren yang tidak bergerak.

https://twitter.com/fujurouu/status/1796527136544817286

Ada juga yang memuatnaik gambar tempoh perjalanan ke destinasi mereka hampir mencecah lebih 40 minit. - 31 Mei, 2024

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved