Xiaomi Akan Membina Kilang 5G Yang Boleh Menghasilkan 60 Peranti Seminit

TechnologyDigital
22 Nov 2019 • 11:17 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Di China, rangkaian 5G boleh dikatakan sudah mula stabil. Kemudian, banyak peranti 5G juga sudah dijual di sana termasuk Xiaomi, Vivo, Oppo dan banyak lagi. Rangkaian 5G ini tidak terhad untuk data di peranti mudah alih sahaja, tetapi teknologinya boleh diaplikasikan kepada pelbagai perkara lain lagi seperti perkhidmatan penstriman permainan.

image is not available

Terkini dalam sidang World 5G Conference, Xiaomi telah menyatakan yang mereka akan membina kilang yang dikuasakan 5G. Kilang ini pula boleh menghasilkan 1 juta unit peranti setahun. Dengan jumlah penggunaan data 5G yang tinggi dan teknologi 5G ini, kilang ini akan meningkatkan nilai produksi 60% lebih hebat berbanding kilang biasa. Jika 1 juta peranti setahun, ini bermakna kilang ini boleh menghasilkan kira-kira 60 peranti dalam masa seminit.

View Original Article