MSI Malaysia Membuka Kedai Konsep Terbaru Mereka Di Mid Valley Megamall

TechnologyDigital
19 May 2023 • 5:26 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

MSI Malaysia baru-baru ini telah membuka sebuah kedai konsep yang hadir dengan perkakasan dan kelengkapan komputer terbaru mereka. Terletak di aras 2, Mid Valley Megamall. Kedai konsep ini dibuka bersama pembekal kelengkapan elektronik Thunder Match Technology yang memberikan pelawat dan pelanggan pilihan yang luas bergantung kepada keperluan mereka.

image is not available

Pengguna boleh memilih untuk mendapatkan komputer desktop, komputer riba, paparan skrin untuk pelbagai jenis tujuan, termasuklah produktiviti di rumah dan pejabat, pelajaran dan juga gaming, dan MSI Malaysia dilihat menawarkan pelbagai jenis pilihan di kedai ini.

Kedai konsep MSI ini juga memperlihatkan bagaimana komputer-komputer MSI ini boleh disusun untuk meningkatkan produktiviti dan juga mutu pengalaman menggunakan peralatan mereka di rumah dan di pejabat.

Kedai konsep MSI Malaysia ini dibuka bermula hari ini, 19 Mei 2023 dimana pelbagai aktiviti dan tawaran diperlihatkan yang boleh dimanfaatkan oleh para pelawat kedai tersebut.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved