MSI Titan 18 HX Dengan Panel 4K/120Hz Mini LED Akan Dilancarkan Di CES 2024

TechnologyDigital
26 Dec 2023 • 5:02 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

MSI mengumumkan bahawa komputer riba gaming baharu Titan 18 HX akan dilengkapi paparan 4K/120Hz Mini LED sebesar 18-inci. Ini digabung juga dengan teknologi paparan AmLED (Adaptive mini LED) daripada AUO dengan kecerahan puncak 1,000nits dan nisbah kontras 2,000,000:1.

image is not available

Ia juga menerima pengiktirafan VESA DisplayHDR 1000 dan menjamin pengalaman HDR mendalam sewaktu digunakan dalam permainan/penstriman. Turut disertakan adalah MSI True Color technology yang membolehkan pengguna menyesuaikan tetapan warna pada komputer riba dengan mudah.

image is not available

Komputer riba ini akan dilancarkan secara rasmi di CES 2024 namun butiran spesifikasi dalaman masih dirahsiakan setakat ini.

View Original Article