MTEN teliti kesan krisis tenaga global, tumpu lindungi rakyat - PM

LocalPolitics
7 Apr 2026 • 11:18 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

KUALA LUMPUR, 7 APRIL: Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) yang bersidang hari ini meneliti kesan krisis tenaga global dengan fokus utama melindungi rakyat dan menjamin keterjaminan bekalan strategik negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata usaha membanteras ketirisan dan penyeludupan terus diperkukuh melalui pemantauan rantaian bekalan yang lebih ketat serta pelaksanaan Ops Tiris 4.0 secara bersepadu melibatkan pelbagai agensi penguatkuasaan.

“Kerajaan MADANI juga memberi keutamaan kepada keterjaminan bekalan ubat dan peranti perubatan melalui pemantauan stok berpusat, kepelbagaian sumber import serta pelan kecemasan bagi memastikan keperluan kritikal sentiasa mencukupi,” katanya dalam catatan di Facebook.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata bagi jangka panjang, kerajaan akan memperkukuh stok penimbal strategik, membangunkan industri tempatan dan merangka dasar menyeluruh melalui MyMedSecure.

Beliau berkata MTEN turut meneliti operasi haji melibatkan 31,600 jemaah Malaysia dengan keutamaan kepada keselamatan dan kebajikan mereka.

Perdana Menteri berkata Kerajaan MADANI akan terus bertindak secara tersusun dan bertanggungjawab untuk mengurus krisis tenaga global dengan berkesan serta memastikan rakyat dilindungi manakala negara kekal berdaya tahan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved