MTR bantu wanita jana pendapatan

28 Sep 2023 • 3:29 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

BEAUFORT: Program Magical Train Ride (MTR) Bersama Toh Puan dapat membantu kaum wanita menjana pendapatan.

Pengerusi Persatuan Suri dan Anggota Perkhidmatan Awam Malaysia (Puspanita) Cawangan Sabah, Datuk Dr Nuinda Alias berkata, program tersebut membuka peluang kepada kaum wanita untuk menjana pendapatan, khususnya di lokasi-lokasi persinggahan utama.

“Program anjuran Puspanita ini julung kali diadakan dan kami amat berbesar hati atas kesudian Isteri Yang di-Pertua Negeri Sabah, Toh Puan Norlidah R.M Jasni turut bersama-sama dalam program ini.

“Selain mengeratkan lagi ikatan silaturahim dalam kalangan ahli Puspanita, program ini juga bertujuan untuk membantu kaum wanita memperkenalkan produk mereka sekali gus menjana pendapatan.

SPONSORED CONTENT Daily Express members: Enjoy 1 for 1 signature cocktails and more at Hyatt Centric Kota Kinabalu Kota Kinabalu: DAILY EXPRESS is partnering with Hyatt Centric Kota Kinabalu to offer an exclusive deal for our members. Read more “Terdapat beberapa persinggahan utama iaitu di Stesen Keretapi Kinarut, Papar dan Beaufort dan di semua persinggahan ini, peluang dibuka kepada kaum wanita untuk menjual dan membuat demonstrasi produk mereka,” ujar Nuinda ketika ditemui selepas program berkenaan di Pusat Wanita Sabah Beaufort, pada Selasa.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Program berharap agar melalui program tersebut, ahli Puspanita dapat meningkatkan kemahiran mereka antaranya kemahiran berkomunikasi dan pengurusan program.

“Sepanjang persiapan untuk melaksanakan program ini, ahli yang terlibat perlu belajar dan menggunakan pelbagai kemahiran kerana program ini melibatkan kerjasama dengan jabatan-jabatan lain.

“Saya berharap agar kemahiran ini akan dapat membantu mereka dalam melaksanakan tugas-tugas seharian mereka sama ada bersama Puspanita ataupun di luar,” tambahnya.

Program yang disertai oleh kira-kira 300 ahli Puspanita itu turut diserikan dengan kehadiran Yang DiPertua Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat Sabah (Mutiara-GRS), Datuk Juliah Salag.

Menempuh perjalanan sejauh 90 kilometer, Program Magical Train Ride Bersama Toh Puan itu memulakan perjalanan dari Stesen Keretapi Tanjung Aru dan berakhir di Stesen Keretapi Beaufort.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

View Original Article