MUA Bellaz rakam fenomena gerhana bulan penuh di Kedah, nampak macam buah tembikai

9 Nov 2022 • 10:51 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

BARU-baru ini hampir seluruh penduduk dunia berpeluang untuk menyaksikan fenomena gerhana bulan penuh. Malah Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) juga membuat siaran langsung di halaman Facebook bermula pada jam 5.09 petang hingga 8.49 malam.

Kebanyakan negeri di Malaysia mengalami hujan lebat namun ada beberapa kawasan penduduk masih boleh melihat fenomena tersebut.

Salah satu perkongsian yang menarik perhatian ramai adalah yang dikongsikan oleh jurusolek terkenal yang lebih mesra disapa dengan panggilan MUA Bellaz turut berkongsi pengalaman beliau menyaksikan fenomena gerhana bulan penuh dilaman Facebook miliknya. Ikon tutorial solekan ini tinggal di Alor Setar, Kedah.

image is not available

“Masya-ALLAH bulan malam ini 8 November 2022. Hanya yang ini sahaja yang saya sempat ambil, itu pun gambar agak bergegar.

“Tempat yang hujan memang tidak dapat tengok fenomena gerhana bulan penuh ini. Saya kongsikan beberapa gambar yang sempat diambil, kebesaran ciptaan ALLAH SWT, bulan malam ini sangat cantik,” tulisnya.

image is not available

Menerusi imej-imej yang dikongsikan, dapat dilihat keindahan bulan tersebut yang sangat menakjubkan. MUA Bellaz atau nama sebenarnya Nur Nabilah Zulyadaini juga turut berkongsi video yang menyaksikan keindahan fenomena gerhana bulan penuh.

Gambar terbaharu yang dikongsikan oleh MUA Bellaz ialah pada waktu Subuh pagi tadi. Menurut MUA Bellaz gambar itu diambil jam 6.00 pagi tadi.

“Masya-ALLAH inilah bentuk bulan sekali nampak seperti buah tembikai corak garis-garis itu. Ini pakai ‘stand’ barulah gambar nampak jelas dan elok,” katanya.

Gerhana bulan adalah tanda kekuasaan dan kebesaran ALLAH SWT. Peristiwa gerhana adalah antara peristiwa-peristiwa berlaku bukan secara kebetulan tetapi merupakan ‘sunnatullah’ yang telah diaturkan oleh ALLAH. Firman-NYA di dalam surah Al-Fath:

سُنَّةَ اللَّـهِ الَّتِي قَدْ خَلَتْ مِن قَبْلُ ۖ وَلَن تَجِدَ لِسُنَّةِ اللَّـهِ تَبْدِيلًا ﴿٢٣﴾

Maksudnya: “Sebagai suatu Sunnatullah yang berlaku dahulu kamu sekali-kali tiada akan menemukan perubahan bagi sunnatullah itu.” (Surah Al-Fath: ayat 23)
Kekuasaan ALLAH tidak dapat diukur oleh kemampuan manusia secara khususnya dan pada makhluk secara umumnya. Peristiwa-peristiwa alam yang begitu banyak dan mengagumkan, tiada yang lain hanya merupakan sebagian dari bukti-bukti kekuasaan ALLAH yang diperlihatkan kepada makhluk-makhluknya. Oleh hal yang demikian salah satu tanda kekuasaan ALLAH dalam peredaran bulan, matahari dan bumi adalah kejadian gerhana bulan.

Daripada Aisyah RA, Rasulullah SAW telah bersabda:
إِنَّ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ آيَتَانِ مِنْ آيَاتِ اللهِ لَا يَخْسِفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ وَلَا لِحَيَاتِهِ فَإِذَا رَأَيْتُمُوهَا فَافْزَعُوا لِلصَّلَاةِ وَقَالَ أَيْضًا فَصَلُّوا حَتَّى يُفَرِّجَ اللهُ عَنْكُمْ

Maksudnya: “Bahawasanya matahari dan bulan itu dua tanda daripada segala tanda-tanda yang menunjukkan keesaan dan kekuasaan ALLAH, tiada gerhana keduanya kerana mati seseorang atau hidupnya, maka apabila kamu lihat akan demikian itu, maka hendaklah kamu sembahyang,” dan baginda bersabda: “maka sembahyanglah kamu hingga disingkap kembali oleh ALLAH kepada kamu semua (bulan dan matahari)” Riwayat al-Bukhari (1058) dan Muslim (901). Hadis dengan lafaz Muslim.

Oleh: Norhasliza Mohd Shafi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi