MUA kecewa dituduh kerja cincai! Padahal pengantin buang solekan, ganti dengan MUA lain?

EntertainmentBeauty
29 Oct 2024 • 2:09 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Tular di media sosial seorang jurumekap artis (MUA) meluahkan rasa kecewa apabila hasil solekannya dikatakan sebagai ‘cincai’ oleh seorang pengantin perempuan sehingga pengantin buang solekan.

Menerusi satu hantaran di Facebook, Farah Fikri telah memuat naik kenyataan yang dibuat oleh pengantin perempuan yang meluahkan rasa tidak berpuas hati atas perkhidmatan solekan tersebut.

MUA dituduh kerja cincai! Pengantin buang solekan

“Pengantin, tolong clear benda ni sebelum report polis menyusul. Sebab tadi call cakap makeup semua ok je tapi tup2 last cakap ada touch up kat org lain.

“Yang tukang mekap tua tu pun kalau nak naik pun bukan dengan cara jatuhkan org naihh. Tua-tua pun kalau tak reti pikiaq payah jugak. Aku ingat dah pergi mekah balik mai perangai huduh tu takdak dah.

“Tukang mekap tu dok tak jauh mana pun dalam Taman Mutiara jugakk. Semua kenai. Buat malu jaa nak up dengan cara jatuhkan orang aku. Kesiannn,” katanya pada Isnin.

Pengantin buang solekan, terkilan dengan MUA

image is not available

“Mohon kepada bakal-bakal pengantin untuk selidik tentang mana-mana MUA yang akan make up untuk hari bahagia anda. Jangan jadi macam saya.

“Apa yang berlaku semasa majlis perkahwinan saya, saya agak terkilan kerana MUA yang saya upah tidak make up saya dengan kemas, cincai dan comot.

“Saya berasa sangat malu. Walaupun begitu, saya sangat bersyukur ada MUA lain yang sanggup tolong saya perbaiki make up yang cincai itu. Tolong jangan ambil MUA tersebut,” kata pengantin dalam satu hantaran dipercayai di WhatsApp.

image is not available

Tinjauan lanjut mendapati MUA kedua yang menggantikan Farah rupanya turut serta membuat kenyataan berkenaan insiden tersebut.

Menurut MUA kedua, solekan daripada Farah sangat tidak kemas kerana sehingga menyebabkan ibu kepada pengantin terpaksa mencari jurumekap lain.

Bentuk kening tak sama, parut tak tutup!

image is not available

Pengantin buang solekan kerana tidak kemas

image is not available

Namun begitu, kejadian ini bukanlah insiden yang mudah kerana difahamkan rupanya Farah dan MUA kedua didakwa pernah berselisih faham sebelum ini.

Sumber: Facebook Farah Fikri & Lily Oodin

View Original Article