
PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kerjasama dan muafakat dalam kalangan anggota Kabinet berada pada tahap baik, sekali gus memberi gambaran kepada kestabilan kerajaan dan negara.
Perdana Menteri berkata, kerjasama dalam Jemaah Menteri menjadi antara faktor utama yang menyumbang kepada kestabilan politik, seterusnya membolehkan kerajaan merancang hala tuju negara.
“Betul, kita tidak menafikan prestasi kita membanggakan kerana dasar yang jelas, politik yang stabil, kerjasama yang ada dalam Jemaah Menteri walaupun kadang-kadang dalam media sosial itu lain sedikit.
“Tapi daripada segi kerjasama, umumnya kita muafakat dengan baik dan ini memberikan gambaran kestabilan dan boleh kita merencanakan untuk negara,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan amanat pada Majlis Perjumpaan Perdana Menteri Bersama Warga Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE
The post Muafakat dalam Kabinet baik, beri gambaran kestabilan- PM appeared first on Kosmo Digital.





