
KOTA BELUD: Golongan mualaf perlu menyertai mana-mana program dakwah supaya mereka dapat memahami dan mendalami agama Islam dari semua aspek, agar dapat menjadi muslim sejati.
Pengerusi Persatuan Kebajikan Amal Kasih Kota Belud, Datin Nursyahirah Abdullah berkata, program Mahrajan Amal Islami anjuran JHEAINS merupakan wadah terbaik bagi golongan mualaf menambah ilmu dan seterusnya mengamalkannya.
“Program ini adalah program julung kali anjuran JHEAINS yang mengambil pendekatan mesra kepada golongan mualaf, iaitu melibatkan mereka secara langsung dalam program besar berkaitan pemantapan kefahaman agama
“Bahkan dalam program ini saya difahamkan, disertai oleh semua daerah di Bahagian Pantai Barat Utara dengan pelbagai pengisian yang bermanfaat. Bermakna selain daripada memantapkan kefahaman agama, dapat juga kita mengeratkan hubungan,” katanya.
SPONSORED CONTENT Shell awards Sabah LiveWIRE winners Kota Kinabalu: Shell has awarded five enterprises as the state winners of Shell LiveWIRE Malaysia 2024, following the Sabah state finals held at Plaza Shell in Kota Kinabalu. . Read more Nursyahirah berkata demikian semasa berucap merasmikan majlis penutupan Mahrajan Amal Islami JHEAINS di Dewan SAR Tambulion, yang turut dihadiri oleh Pegawai Tadbir Agama JHEAINS Kota Belud, Hj Madli Hj Manshor, pada Sabtu.
Tambah Nursyahirah lagi, program tersebut sudah tentu memberi impak positif kepada golongan mualaf yang terlibat, di samping beliau mengharapkan agar ilmu yang diperolehi dalam program itu dapat disebarkan kepada rakan-rakan di daerah masing-masing.
“Saya positif dengan ini, bahkan saya akan sentiasa membantu menjayakannya sekiranya dimaklumkan.
Saya memahami dilema golongan mualaf, kerana saya adalah salah seorang di kalangan kalian.
Saya amat yakin program sebegini adalah amat bermanfaat,” jelasnya.
Antara pengisian dalam program berkenaan ialah pertandingan nasyid, hafazan, tazkirah agama, kuiz agama, sepak takraw dan badminton, bagi memilih wakil untuk mewakili PBU ke Mahrajan Amal Islami peringkat negeri yang bakal diadakan sedikit masa lagi.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

