Muat Naik Gambar Kentang McD, Peminat Gesa V BTS Mohon Maaf

Entertainment
22 Jul 2024 • 12:33 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Anggota BTS iaitu V menerima kecaman ramai termasuk peminat selepas berkongsi gambar kentang McDonald dan mereka gesa penyanyi itu memadam foto berkenaan dan mohon maaf.

Peminat gesa V BTS mohon maaf

image is not available

Menerusi satu hantaran di Instagram, V atau nama sebenarya Kim Taehyung telah memuat naik beberapa foto memaparkan dirinya dan satu gambar dia sedang memegang kentang McDonald.

Disebabkan itu, hantaran V menjadi tular dan netizen kecewa dengan perkongsian tersebut, lagi-lagi ketika jenama itu sedang diboikot di seluruh dunia.

image is not available

Menerusi satu tinjauan di X, rata-rata warga maya termasuk peminatnya sendiri mahu V memadam hantaran itu, lakukan permohonan maaf disamping belajar dan fahami konflik yang sedang berlaku di Gaza dan untuk lebih sensitif dengan isu tersebut.

Kita sedang boikot McDonald

image is not available

Tunjukkan empati anda V

image is not available

Kami sayang V, tapi kami mahu awak minta maaf

image is not available

Tolong dengar kami V

image is not available

Tolong padam hantaran itu dan minta maaf V

image is not available

Walaubagaimanapun, V seakan-akan tidak mendengar luahan peminatnya dan sehingga kini masih belum memadam hantaran tersebut dari Instagramnya.

Tidak cukup dengan itu, V turut menutup ruangan komen pada perkongsian tersebut seakan-akan mengelak daripada warga maya untuk meninggalkan komen.

image is not available

Sekadar info, jenama McDonald mula diboikot selepas menyuarakan sokongan terhadap Israel dan memberikan makanan secara percuma buat tentera negara itu.

Walaupun McDonald telah mengambil beberapa tindakan untuk mengurangkan kerugian daripada gerakan boikot ini, namun orang ramai masih meneruskan gerakan boikot itu.

Sumber: X, Instagram V

View Original Article