Muat Naik Gambar Kesan Lebam, Bekas Pemain Kebangsaan Didakwa Pukul Awek

Entertainment
8 Jun 2023 • 12:39 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Panas di media sosial baru-baru ini mengenai satu posting mendakwa bekas pemain kebangsaan telah memukul kekasihnya. Uish, biar betul?

Berita tersebut telah dikongsi di Instagram milik doktor selebriti, Dr Hana Rose dan laporan polis telah dibuat susulan kejadian itu.

Pukul awek

image is not available

Menurut Hana, pemain bola itu didakwa bertindak mengasarinya dengan memukul, menggigit dan mencampaknya ke lantai. Hal ini menyebabkan dirinya mempunyai kesan lebam dan calar pada badan.

Dulu berjanji untuk setia selamanya sehingga tua. Tapi akhirnya terkadang wanita boleh jadi bodoh dengan yang dia sayang, berdiam dan bertahan.

Tambahan, Hana juga memaklumkan telefon bimbitnya dipijak dan dibaling sebelum dibuang ke dalam tandas.

image is not available

Menjengah ke ruang komen, rata-rata netizen berasa terkejut dengan sikap sebenar pemain bola itu.

image is not available

Ya Allah, semoga yang baik-baik sahaja buat Hana.

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media