Muat Naik Gambar Menghadap Pemangku Raja Pahang, Stoking Anwar Ibrahim Jadi Perhatian

Politics
19 Dec 2022 • 3:05 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Sejak Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia ramai betul ya yang tertarik dengan pemakaian Pengerusi Pakatan Harapan ni?

Ada yang tak setuju Anwar pakai kasut kulit mewah mencecah RM5,500 lah, kritik pemakaian semua menteri di kabinet yang tak mengenakan tali leher dan macam-macam lagi.

PM menghadap Pemangku Raja Pahang, stoking jadi perhatian

Terbaru, Ahli Parlimen Tambun itu memuat naik beberapa keping gambarnya menghadap Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Twitter.

Namun, tumpuan netizen lebih terarah kepada stoking yang dikenakan Anwar Ibrahim sewaktu mengadakan pertemuan tersebut sehinggakan ada yang memuat naik tangkap layar mengatakan bahawa stoking yang dipakai Anwar itu hanyalah berharga RM2.40.

Di ruangan komen, rata-rata netizen begitu kagum dengan Anwar yang begitu rendah diri dengan hanya mengenakan stoking murah meskipun berstatus Perdana Menteri.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

Kredit: Twitter Anwar Ibrahim

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media