Muat Naik Gambar Sidai Bikini Merah Di Balkoni, Ameera Khan Dikecam Netizen 

Entertainment
17 May 2023 • 12:24 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Tindakan Ameera yang juga adik kepada Neelofa memuatnaik gambar bikini yang disidai di balkoni telah mengundang kecaman netizen. - Gambar dari Instagam @littlemisskhan

Kontroversi dengan pempengaruh media sosial yang satu ini ibarat berpisah tiada. Terbaru adik kepada Neelofa iaitu Ameera Khan sekali lagi menjadi perhatian netizen selepas dia memuatnaik gambar bikini merah yang disidai di balkoni.

Ameera ketika ini sedang berada di Paris kerana mengikuti lawatan bersama jenama kecantikan di sana.

Gambar yang dikongsikan kepada 1.5 juta pengikut akaun Instagramnya itu telah menerima pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya mengecam tindakan Ameera yang disifatkan mereka seperti sudah hilang rasa malu. 

image is not available
Gambar dari Instagram

Netizen juga turut mengaitkan dengan ibadah umrah yang sering dilakukan Ameera. Tidak cukup dengan itu, nama Neelofa dan PU Riz turut ‘diheret’ netizen dalam komen mereka di gambar berkenaan. 

“Jangan malukan famili sendiri. Kesian yang lain berlumba-lumba buat baik. Nanti keluarga sendiri terkesan atas perbuatan kita,” komen salah seorang netizen.

image is not available

Ada juga netizen yang berpendapat mungkin ini salah satu cara Ameera mahu mempromosikan bikini berkenaan kerana dia tidak boleh berkongsi gambarnya memakai bikini itu. 

Apa-apa pun pastinya Ameera lebih mengetahui kenapa dia memuatnaik gambar sebegitu. Dan dia juga pasti sudah tahu apa kesannya jika dia berkongsi gambar tersebut. – Getaran, 17 Mei 2023.