Muat Naik Iklan Pekerja, 3 Cawangan Dominos Pertama Di Sarawak Bakal Dibuka Di Kuching

30 Mar 2024 • 1:26 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Bukan satu, tetapi 3 cawangan baharu Dominos Pizza bakal dibuka di Kuching

Muat Naik Iklan Pekerja, 3 Cawangan Dominos Pertama Di Sarawak Bakal Dibuka Di Kuching. Sebelum ini, peminat pizza di Sarawak yang rindu Domino’s Pizza terpaksa terbang ke Semenanjung Malaysia untuk mencuba hidangan lazat ini. Namun, kini, penantian rangkaian pizza yang enak ini berakhir dengan khabar gembira.

Dominos Pizza bakal membuka operasi pertama mereka di Sarawak dengan tiga cawangan baharu di Kuching. Kini tular satu hantaran iklan di laman Facebook di mana mereka mengadakan “Temuduga Terbuka” untuk mengisi kekosongan jawatan Penghantar Piza dan Kru Restoran.

image is not available

Muat Naik Iklan Pekerja, 3 Cawangan Dominos Pertama Di Sarawak Bakal Dibuka Di Kuching

Berdasarkan maklumat dalam iklan yang dipaparkan, ketiga-tiga cawangan Domino’s Pizza yang bakal dibuka adalah di Tabuan, Metrocity, dan Jalan Green di Kuching.

Temuduga terbuka ini akan berlangsung dari 5 hingga 6 April 2024 di Kua Property, Jalan Batu Kawa, Kuching. Waktu operasi adalah dari pukul 11 pagi hingga 4 petang. Calon-calon yang berminat untuk memohon pekerjaan di Domino’s Pizza dijemput untuk hadir pada tarikh dan waktu yang ditetapkan.

Dengan tiga cawangan baharu, Domino’s Pizza dapat memperluas liputan penghantaran dan meningkatkan keupayaan operasi mereka di bandar Kuching. Ini membolehkan perkhidmatan yang lebih cepat dan mudah diakses kepada para pelanggan di seluruh bandar.

Taksabarnyaa! Apa komen korang pulak? Share-share lah ke kawan dan saudara korang yang tengah cari kerja sekarang

Baca juga artikel menarik di bawah: