Muat naik kandungan hina Islam, Harith, Cecelia dikompaun RM10,000

5 Mar 2025 • 9:23 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

PUTRAJAYA, 5 MAC: Pelawak Harith Iskander dan Cecelia Yap Song masing-masing akan dikenakan kompaun berjumlah RM10,000 atas kesalahan memuat naik kandungan serta komen bersifat jelik dan menghina agama Islam.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam kenyataan malam ini memaklumkan tindakan kompaun di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 itu dibuat setelah mendapat izin Jabatan Peguam Negara (AGC).

MCMC turut memaklumkan atas permintaan, pengendali Facebook, Meta telah menurunkan kandungan berkenaan setelah ia didapati melanggar garis panduan komuniti platform media sosial itu.

“Selain itu, permohonan penutupan akaun Facebook milik kedua-dua individu terbabit juga telah dibuat. Permohonan tersebut kini dalam penelitian dan penilaian pihak Meta,” menurut kenyataan tersebut.

Harith didakwa memuat naik gambar secawan kopi dengan kapsyen yang didakwa menghina agama di akaun Facebooknya pada 18 Jan lepas, manakala Cecelia di bawah akaun Facebooknya Cecilia Yap Song KL didakwa memuat naik komen menghina agama Islam pada hantaran selebriti berkenaan tiga hari kemudian.

— BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved