Muat Naik Posting Seolah-olah Sindir Negara Lain Termasuk Malaysia, Kahf Tampil Mohon Maaf

7 Oct 2026 • 10:18 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Jenama penjagaan diri dari Indonesia, Kahf tampil memohon maaf susulan hantaran tular berunsur sindiran yang dimuat naik di laman Threads miliknya sebelum ini.

Hantaran Berbentuk Sindiran Kepada Negara Lain Tidak Cerminkan Prinsip Jenama – Kahf

Jelas pihaknya, hantaran tersebut tidak mencerminkan jenama tersebut yang sentiasa menitikberatkan prinsip saling menghormati.

“Di Kahf, rasa hormat menjadi antara nilai utama kami, dan baru-baru ini kami gagal menunjukkan nilai tersebut.

“Satu hantaran yang dimuat naik di akaun kami (sebelum ini) adalah tidak wajar. Ia tidak mencerminkan nilai serta prinsip menghormati yang kami pegang sebagai sebuah jenama.”

Hantaran Tular Berunsur Sindiran Dipercayai Berkait Dengan Piala ASEAN FIFA 2026

Sebelum ini, tular satu tangkap layar menunjukkan Kahf memuat naik imej dengan beberapa bendera negara di ASEAN termasuk Malaysia dan negara barat lain.

Apa yang membuatkan ramai berang apabila bendera Indonesia diletakkan di bahagian atas selain dipisahkan dengan negara-negara lain seolah-seolah menunjukkan bahawa Indonesia di tahap dan level berbeza serta jauh lebih tinggi.

Difahamkan, hantaran itu berunsur sindiran dan berkait dengan perlawanan bola selepas Indonesia menjuarai Piala ASEAN FIFA 2026 dengan menundukkan Thailand 4-2 menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2.

Image from: Muat Naik Posting Seolah-olah Sindir Negara Lain Termasuk Malaysia, Kahf Tampil Mohon Maaf
Sumber: Threads

“Hubungan Antara Malaysia & Indonesia Sentiasa Berteraskan Persaudaraan & Rasa Hormat” – Kahf

Menerusi kenyataan Kahf, jenama itu turut menegaskan komitmennya untuk mengekalkan hubungan persaudaraan dan rasa hormat antara Indonesia dan Malaysia, selain menghormati hubungan baik dengan negara serta budaya lain.

Menurut Kahf, hantaran tular di Threads tersebut telah pun dipadam.

“Hubungan antara komuniti Malaysia dan Indonesia sentiasa berteraskan persaudaraan dan rasa hormat. Kami komited untuk mengekalkan rasa hormat yang sama terhadap semua negara dan budaya. Kami mengambil tanggungjawab sepenuhnya atas kegagalan kami dalam memenuhi komitmen tersebut.

“Kami telah memadam hantaran berkenaan dan komited untuk melakukan yang lebih baik,” katanya.

Kahf Komited Dapatkan Semula Kepercayaan Pengguna

Dalam pada itu, Kahf memohon maaf atas kekecewaan orang ramai serta menghargai segala teguran yang diberikan.

“Terima kasih kerana menegur dan mengingatkan kami untuk bertanggungjawab atas kesilapan yang dilakukan. Kami memahami bahawa membina semula kepercayaan memerlukan lebih daripada sekadar permohonan maaf.

“Justeru, kami komited untuk mendapatkan semula kepercayaan tersebut melalui tindakan dan usaha kami pada masa akan datang. Kami akan berusaha untuk melakukan yang lebih baik.”

View on Threads

Ramai Rakyat Malaysia Nak Boikot Produk Kahf & Jenama Lain Dari Indonesia

Hantaran Kahf yang didakwa merendahkan negara lain itu mengundang kritikan ramai pihak, khususnya rakyat Malaysia yang turut menggunakan produk jenama berkenaan.

Ramai berpendapat bahawa posting itu tidak profesional terutamanya selepas dimuat naik di akaun rasmi Threads jenama itu.

Situasi bertambah tegang apabila sebelum ini, segelintir peminat bola sepak Indonesia telah bertindak menyunting foto-foto menghina Institusi Diraja Malaysia.

Oleh disebabkan perbuatan biadab individu yang belum dapat dikesan identitinya, ramai netizen Malaysia mahu mula memboikot produk-produk dari negara jiran termasuklah Khaf.

“Wow berani jenama Indonesia ni main sindir-sindir but ironinya jenama ni juga yang gigih jual produk dalam Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved