Muat Naik Sijil Nikah Palsu Dengan Anak Raja, Bekas Pelakon & Model Dikenakan Waran Tangkap

LocalEntertainment
23 May 2025 • 10:12 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Seorang bekas pelakon yang diminta hadir ke Mahkamah Sesyen pada Khamis, berhubung kes memuat naik sijil nikah palsu dengan seorang putera raja, di media sosial dikenakan waran tangkap.

Memetik laporan Sinar Harian, Hakim, Norma Ismail mengeluarkan waran itu selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Amir Haniff Ahijman terhadap Persana Avril Sollunda, 43, yang beralamat di Kota Kinabalu, Sabah.

image is not available

Sumber : CariDotMy 

Difahamkan, wanita itu sepatutnya didakwa dengan pertuduhan memulakan komunikasi palsu mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia, namun pertuduhan tidak dibaca kerana dia tidak hadir ke mahkamah.

Ketika prosiding berlangsung, Muhammad Amir memaklumkan bahawa menurut maklumat daripada pegawai penyiasat, bekas pelakon dan model sambilan tersebut tidak hadir di mahkamah untuk mendengar pertuduhan yang sepatutnya dibacakan pada jam 9 pagi.

Sedangkan, saman terhadap wanita terbabit, diserahkan sendiri pada 29 April lalu.

image is not available

gambar hiasan

Mahkamah menetapkan 19 Jun depan untuk sebutan waran tangkap.

Pada Mac lalu, dia ditahan untuk disoal siasat oleh Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu tetapi dibebaskan dengan jaminan.

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.

image is not available 2 weeks ago

Pelakon Lelaki Berdepan Hukuman Penjara 12 Tahun, Ditahan Seludup 'Ubat Keras' Dari KL Ke Indonesia