Muat Naik Sokongan Terhadap Palestin, Tindakan Berani Ryeowook SUJU Dipuji Ramai

10 Jun 2024 • 2:02 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Ryeo-wook SUPER JUNIOR telah memuat naik satu hantaran di Instagram berkenaan tentang isu yang sedang terjadi di Palestin.

Dalam hantaran tersebut, jelas kelihatan informasi mengenai kadar kematian di Gaza termasuk kemusnahan yang berlaku disebabkan konflik diantara Palestin dan Israel serta masalah trauma psikologi yang dihadapi oleh kanak-kanak di negara itu disebabkan oleh peperangan tersebut.

Malah, ahli SUPER JUNIOR itu juga turut hadir ke acara sokongan Palestin dan menggesa orang ramai untuk menyokong serta ikut turut serta menderma barangan peribadi mereka pada acara tersebut.

Selepas hantaran itu dibuat, rata-rata peminat telah memuji tindakan berani Ryeo-wook yang secara terang-terangan menunjukkan sokongannya terhadap Palestin.

Mereka juga turut berterima kasih kepada penyanyi tersebut kerana menggunakan pengaruhnya untuk menyebarkan serta tunjuk pada orang ramai tentang penderitaan yang perlu dihadapi oleh rakyat Palestin selepas diserang oleh Israel.

Komen peminat,

  • Idola lain perlu contohi Ryeo-wook.
  • Terima kasih Ryeo-wook..
  • Ini baru layak dipanggil idola.
  • Saya harap idola lain pun berani seperti dia.

Terbaiklah Ryeo-wook!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.