Muat turun laporan lengkap pencapaian negeri di amirudinshari.com

21 Jul 2023 • 10:32 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

SHAH ALAM, 21 JULAI: Orang ramai boleh membaca serta memuat turun laporan pentadbiran Kerajaan Selangor sepanjang lima tahun pentadbiran menerusi pautan amirudinshari.com.

Dilancarkan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari pada 13 Julai, kad laporan pencapaian dan kejayaan Kerajaan Negeri bermula 2018 hingga kini dipapar.

“Lima tahun Selangor makmur dan gemilang. Alhamdulillah, sukacita saya melancarkan Kad Laporan Pencapaian dan Kejayaan Kerajaan Selangor bermula 2018 hingga 2023.

“Rakyat Selangor, media dan semua masyarakat dijemput memuat turun laporan berkenaan pentadbiran negeri sepanjang lima tahun ini,” tulisnya di Twitter pada 13 Julai.

Laporan prestasi itu meliputi beberapa segmen antaranya ekonomi, kebajikan, sumbangan Selangor kepada Malaysia, menangani krisis kesihatan dan bencana serta sumbangan anak syarikat.

Untuk segmen ekonomi, paparan merangkumi sumbangan negeri kepada Keluaran Dalam Negara Kasar
(KDNK) negara, prestasi hasil dan belanjawan dari 2019 hingga 2023.

Turut terangkum ialah Iltizam Selangor Penyayang, usaha Selangor memerangi pandemik Covid-19, banjir
besar pada Disember 2021 dan Rancangan Selangor Pertama (RS-1).

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved